• 8593
1

Al-Hidayah

Fiqh Wanita Muslimah

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Fiqh Wanita Muslimah

Fiqh Wanita Muslimah ialah buku karya Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini menghimpunkan hadis serta penerangannya untuk membantu pembaca memahami sunnah Rasulullah SAW.

Sinopsis Buku Fiqh Wanita Muslimah

Usaha untuk melahirkan wanita solehah bukanlah mudah. Ia memerlukan sokongan serta komitmen berterusan mereka yang berada di sekelilingnya seperti ibubapa, suami, guru, rakan-rakan seperjuangan dan juga masyarakat umumnya.

Selain dari itu, wanita itu sendiri perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Ilmu akan memimpin mereka ke jalan yang benar. Ilmu juga akan mengajar mereka membuat pilihan yang tepat. Ilmu juga akan menjadi benteng kepada mereka bagi menghadapi godaan syaitan, nafsu dan manusia.

Buku ‘FIQH WANITA’ ini dimuatkan dengan pelbagai panduan, perbahasan dan pengetahuan yang relevan dengan kehidupan harian wanita. Buku ini sangat elok menjadi rujukan mereka kerana hampir keseluruhan aspek kehidupan wanita disentuh dengan terperinci serta berlandaskan dalil-dalil yang sahih. Sekiranya terdapat persoalan yang terbit atau timbul was-was berkenaan fekah, maka di dalam buku ini mereka akan menemui jawapannya…insya Allah.

Semoga para pembaca tanpa mengira lelaki mahupun perempuan akan mendapat manfaat daripada buku yang sangat berharga ini.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah kefahaman terhadap hadis Nabi.
  • Memahami sunnah dalam kehidupan seharian.
  • Menjadi bahan rujukan agama.
  • Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Maklumat Buku

  • Penulis: Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673680894
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Guru agama.
  • Pendakwah.
  • Pembaca umum.