• 7418
1

Al-Hidayah

Fadhilat Amal Hitam

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Fadhilat Amal Hitam

Fadhilat Amal Hitam ialah buku karya Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi alaih yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.

Sinopsis Buku Fadhilat Amal Hitam

Sheikh Maulana Zakariya merupakan seorang tokoh ulama hadis yang dikenali ramai berasal dari India, lebih-lebih lagi dalam kalangan ahli Jemaah Tabligh seluruh dunia. Usaha beliau dalam memartabatkan ilmu dan dakwah Islam begitu besar sekali signifikannya kepada perjuangan menyebar luaskan Islam dan sunnah Nabi S.A.W Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan dan bacaan umat Islam seluruh dunia dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia.

Kitab Fadhail ‘Amal (Fadhilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya yang terkenal, ia adalah himpunan hadis-hadis. Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu:

a. Kisah-Kisah Para Sahabat
b.Fadhilat Al-Qur’an
c.Fadhilat Solat
d.Fadhilat Zikir
e.Fadhilat Tabligh
f.Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya
g. Fadhilat Ramadhan

Kitab ini juga merupakan salah satu kitab bacaan dan rujukan yang digunakan oleh Jemaah Tabligh. Semoga dengan kehadiran kitab yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi Bahasa Melayu ini akan memberikan kita pencerahan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Dengan ilmu yang diperolehi itu dalam kita amalkan dalam meraih keredhaan Allah dan meneguhkan lagi iman kita serta menyempurnakan amal ibadah seharian kita.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
  • Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
  • Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
  • Meningkatkan kefahaman syariat Islam.

Maklumat Buku

  • Penulis: Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi alaih
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674393694
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Penuntut ilmu.
  • Guru agama.
  • Muslim yang ingin mendalami fiqh.