Buku Prima
Encik Montel Paling Sweet Oleh Aini Effariza
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Encik Montel Paling Sweet Oleh Aini Effariza
Encik Montel Paling Sweet karya Aini Effariza membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Danial. Pertemuan tidak terduga antara Danial dan Kamelia di kedai makan telah membuka kisah lama. Danial yang sejak sekian lama menyimpan perasaan terhadap Kamelia pernah meluahkan rasa hatinya kepada Kamelia sejak mereka belajar di kampus, namun ditolak gadis itu.
Sinopsis Novel Encik Montel Paling Sweet
Pertemuan tidak terduga antara Danial dan Kamelia di kedai makan telah membuka kisah lama. Danial yang sejak sekian lama menyimpan perasaan terhadap Kamelia pernah meluahkan rasa hatinya kepada Kamelia sejak mereka belajar di kampus, namun ditolak gadis itu. Semenjak dari saat itu hubungan mereka renggang. Danial
membawa diri ke Seoul manakala Kamelia pula bekerja di syarikat papanya.
Tanpa diduga, Kamelia disahkan menghidap sirosis dan memerlukan pembedahan hati dengan segera. Dalam tempoh itu juga, dia telah ditinggalkan oleh kekasih hatinya, iaitu Hakimi. Kehadiran penderma misteri yang telah mendermakan sebahagian hatinya kepada Kamelia telah menyelamatkan nyawanya. Kamelia masih mencari siapakah gerangan penderma misteri itu.
Kemunculan semula Danial yang kembali menagih kasihnya membuatkan Kamelia keliru. Perlukah dia menerima cinta Danial? Berjayakah Kamelia menemui penderma misteri itu?
“ALLAH beri hati ini pada saya secara percuma, saya percaya jika tiba masanya perlu dikongsikan dengan orang yang berhak menerimanya,ia juga harus diberi percuma. Sebab itulah saya tak terima sebarang bayaran.” – DANIAL
“I datang sebagai kawan baik you, atau bekas kawan baik you, kita pernah rapat dan pernah terpisah.” – KAMELIA
“Cantik muncung awak. Selama saya bekerja dalam dunia korporat,tak pernah lagi saya dijemput oleh driver wanita. Cantik pulak tu.” – HAIKAL
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Encik Montel Paling Sweet
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Aini Effariza
- Ketika Cinta Berlari
- Pencuri Cinta