• 5218
1

Fajar Pakeer

Duda Pujaan Dara

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Duda Pujaan Dara Oleh Hanny Esandra

Duda Pujaan Dara karya Hanny Esandra membawa pembaca menyelami kehidupan golongan bangsawan yang penuh cabaran dan emosi. Kisah ini berpusat pada Ainee Marwah. Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah. Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak

Sinopsis Novel Duda Pujaan Dara

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.”– Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… – Ainee Marwah

Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa?- Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Duda Pujaan Dara

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Hanny Esandra

  • Cinta Kuasa Dua
  • Kombo Januari 2017
  • Cinta Datang Menyapa
  • Cinta Semanis Gula
  • Suamiku Encik Gula