• 9043
1

Al-Hidayah

Dosa-Dosa Suami Yang Paling Dibenci Allah SWT

Regular price
RM 14.00
Sale price
RM 14.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Dosa-Dosa Suami Yang Paling Dibenci Allah SWT

Dosa-Dosa Suami Yang Paling Dibenci Allah SWT ialah buku karya Ach. Syaiful A'la yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan panduan rumah tangga dan hubungan suami isteri.

Sinopsis Buku Dosa-Dosa Suami Yang Paling Dibenci Allah SWT

Dunia ini hanya sementara. Begitu jugalah dengan nikmat dan keseronokannya juga hanya sekelip mata sahaja. Yang kekal dan abadi adalah pembalasan- dan kehidupan di akhirat kelak. Bagaimanakah keadaan dan nasib kita di sana nanti, pastilah balasannya seperti apa yang kita lakukan ketika di dunia ini. Manakala iblis dan syaitan pula akan terus bekerja keras memujuk rayu manusia untuk ingkar perintah Allah.

Khususnya buat para suami, perlu diketahui bahawa banyak perlakuan sama ada dari segi percakapan, perbuatan ataupun pandangan yang mampu menjerumuskan kita ke lembah dosa dan keingkaran. Tanpa kita sedar ia juga merupakan dosa yang paling dibenci Allah. Apakah dosa-dosa itu? Buku akan menghuraikan topik perbicaraan yang mudah untuk difahami dan dijadikan teladan. Didatangkan dengan dalil serta nas daripada Al-Quran dan Sunnah. Malah dengan penjelasan yang komprehensif tenting dosa-dosa yang sering dilakukan oleh para suami, baik disedari ataupun tidak; disengajakan ataupun tidak, insya Allah akan memberikan kita cahaya ilmu dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

Moga-moga dengan pencerahan ini, sedikit sebanyak mernbantu para suami menjadi suami yang disayangi isteri dan anak-anak, malah keluarga yang dibina menjadi sebuah keluarga yang diredai dan diberkati Allah SWT

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Membantu memahami tanggungjawab suami dan isteri.
  • Memberikan panduan membina rumah tangga harmoni.
  • Mengandungi nasihat yang bermanfaat.
  • Sesuai dijadikan rujukan kekeluargaan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Ach. Syaiful A'la
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465371
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 x 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pasangan suami isteri.
  • Bakal pengantin.
  • Kaunselor keluarga.
  • Pembaca yang berminat dengan kekeluargaan.