Penulisan2u
Cinta Tak Pernah Salah Oleh Isandra
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Cinta Tak Pernah Salah Oleh Isandra
Cinta Tak Pernah Salah karya Isandra membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Mia Adlina. Satu peristiwa membuatkan Hazril Mifzal menjauhkan dirinya dari keluarga lantas bekerja sebagai pelayan di sebuah warung. Dia juga nekad mahu menjauhkan diri dari semuanya. Namun, pertemuannya dengan Mia Adlina mula mengubah sedikit sebanyak prinsip yang
Sinopsis Novel Cinta Tak Pernah Salah
Satu peristiwa membuatkan Hazril Mifzal menjauhkan dirinya dari keluarga lantas bekerja sebagai pelayan di sebuah warung. Dia juga nekad mahu menjauhkan diri dari semuanya. Namun, pertemuannya dengan Mia Adlina mula mengubah sedikit sebanyak prinsip yang dipegang. Setelah kecewa dengan kecurangan kekasihnya yang bernama Aqil Thaqif... Mia Adlina mengambil keputusan untuk meminta bantuan Hazril Mifzal bagi membalas segala perbuatan Aqil kerana telah curang dengannya.
“Apa?! Awak tengok baju saya. Saya punya cantik macam ni awak nak suruh saya cuci kereta?!” - MIA ADLINA
“Tak cantik pun... Macam pakai baju kelawar aje. Baju tidur yang jual dekat pasar malam tu, sehelai RM 20 ringgit dan ke bawah...” - HAZRIL MIFZAL
“Hei! Eee... Saja nak naikkan darah saya, kan?” - MIA ADLINA
Dipujuk rayu, dia masih tidak diendahkan. Mia Adlina mula mengunakan cara brutal, mengugut. Hazril tiada pilihan lain, dia setuju. Tempoh yang diberikan Mia juga tidaklah lama untuk dia turuti permintaan wanita itu. Tanpa sedar, tempoh pura-pura itulah telah membuatkan hati masing-masing berantakan dengan bermacam rasa. Dendam lama Aqil terhadap Hazril makin memuncak apabila lelaki itu muncul kembali dan kini lelaki itu mahu merampas pula Mia darinya. Kenapa mesti dua wanita yang paling dicintainya diragut pergi oleh orang yang sama?
“Lelaki yang ada depan awak ni, yang nampak innocent depan mata awak ni sebenarnya lagi teruk daripada saya! Dia ni sebenarnya pembunuh!” - AQIL THAQIF
Silap Mia cuma satu, dia percayakan Aqil. Ketika dia sedar dia tersilap percaturan, Hazril sudah pergi. Namun, masih adakah peluang untuk Mia mendapatkan cintanya semula?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Cinta Tak Pernah Salah
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.