Buku Prima
Cinta Semanis Carrot Cake Oleh Fatinilam Sari
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Cinta Semanis Carrot Cake Oleh Fatinilam Sari
Cinta Semanis Carrot Cake karya Fatinilam Sari menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Irina. BENARKAH gadis cantik bernasib malang? Irina dicintai bosnya, Firdaus yang sudah mempunyai kekasih. Irina mengambil keputusan menerima jemputan ayahnya yang sudah lama bermastautin di Switzerland. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Zurich, dia diculik.
Sinopsis Novel Cinta Semanis Carrot Cake
BENARKAH gadis cantik bernasib malang? Irina dicintai bosnya, Firdaus yang sudah mempunyai kekasih. Irina mengambil keputusan menerima jemputan ayahnya yang sudah lama bermastautin di Switzerland. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Zurich, dia diculik. Irina terperangkap dalam genggaman penculiknya, Steve, yang membawa Irina ke rumah Bram untuk disembunyikan. Bram mempunyai satu rahsia yang tidak diketahui Irina. Namun, dalam diam mereka saling jatuh cinta.
Cinta yang kian berkembang dalam hati Bram membuatkan lelaki itu mulai memikirkan masa hadapan lalu menerima peluang kerja di Bern. Di Bern, Irina bertemu dengan Yazid. Persahabatan menjadi erat lantaran rasa persaudaraan sebangsa dan seagama. Permusuhan, kebencian dan dendam Bram pada Abu Bakar atau Thomas Burns menghancurkan hubungan cinta dan kasih sayangnya dengan Irina. Irina kembali ke Malaysia bersama hati luka. Lalu Firdaus datang membawa penawar luka dan duka Irina. Siapakah yang menjadi pilihan antara tiga jejaka yang mahu mengisi hati Irina?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Cinta Semanis Carrot Cake
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Fatinilam Sari
- Sebenarnya Dia Milik Aku