• 4733
1

Penulisan2u

Cinta Infiniti Oleh Ain Kamalia

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Cinta Infiniti Oleh Ain Kamalia

Cinta Infiniti karya Ain Kamalia mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Farhani Idayu. Dalam fikiran Farhani Idayu ketika melangkah ke Teguh Dinamik Holdings ialah untuk selesaikan praktikal dengan jayanya. Dapatkan segulung ijazah, bukan segulung sijil nikah! Tapi kalau dah orangnya cantik menawan, mana mungkin tak ada yang berkenan. Sedang

Sinopsis Novel Cinta Infiniti

Dalam fikiran Farhani Idayu ketika melangkah ke Teguh Dinamik Holdings ialah untuk selesaikan praktikal dengan jayanya. Mamanya pun siap pesan lagi.  Dapatkan segulung ijazah, bukan segulung sijil nikah! Tapi kalau dah orangnya cantik menawan, mana mungkin tak ada yang berkenan.

“Saya Umar Azharie, kerja kat tingkat 7. Belum berkahwin, errr... Sedang mencari calon sesuai untuk dijadikan isteri. – Umar Azharie

“Jangan mengaku tak ada boyfriend, saya mengurat nanti tetiba aje kata ada boyfriend pula!” – Daniel Iskandar

Seorang arkitek bermata cantik, seorang lagi bos kerek yang boleh tahan kacak. Farhani Idayu memang pening kepala melayan kerenah mereka yang asyik ingin mendekatinya. Akhirnya, dia sedar bahawa nama Umar Azharie yang mula ada dalam hatinya. Lagipun, dia tak gemar dengan latar belakang Daniel Iskandar yang dianggapnya terlalu kaya.

“Betul Hani tak suka orang kaya? Maksudnya Hani sukalah orang biasa yang sederhana macam abang ni, kan?” – Umar Azharie

“Yalah. Hani tak suka orang kaya...” – Farhani Idayu

Namun, Farhani Idayu bagaikan tersepit saat Daniel Iskandar memintanya menjadi ‘pelakon’ dengan watak sebagai bakal isterinya. Semuanya gara-gara nak elakkan diri daripada terus digilai Mazni. Farhani Idayu mahu tak mahu, terpaksa mengikut rentak bosnya itu. Takut pula tak lulus praktikal!

“Tak naklah, bos! Carilah orang lain... Ataupun carilah bakal isteri betul-betul. Tak baiklah menipu orang ramai. Berdosa tau!” - Farhani Idayu

“Betul juga apa you cakap tu. Daripada berlakon dan dapat dosa sebab menipu orang, apa kata you jadi isteri I betul-betul?” - Daniel Iskandar

Walaupun ‘lakonan’ Farhani Idayu dengan Daniel Iskandar mengundang cemburu Umar Azharie, namun hubungan mereka tetap berjalan lancar hinggalah...

“Perkenalkan, Umar Azharie... Bakal tunang Kak Iman.” - Farhana Iman

Hancur luluh hati Farhani Idayu saat mengetahui bahawa Umar Azharie bakal bertunang dengan sepupunya sendiri! Langsung dia tidak sudi mendengar sebarang penjelasan lelaki itu.

“Hani... Bagi abang peluang terangkan kisah sebenar. Hanya Hani yang abang mahu sebagai isteri dan bukannya Iman. Percayalah abang, Hani.” – Umar Azharie

Saat itu, Daniel Iskandar ada menemani dan memberi cintanya. Tambahan pula, rupa-rupanya keluarga Farhani dan Daniel Iskandar saling mengenali lalu membuatkan hubungan mereka semakin rapat.

Kini, siapakah yang akan dipilih Farhani Idayu sebagai penghuni hatinya? Umar Azharie, cinta pertama yang sangat mencintainya atau Daniel Iskandar yang setia menanti?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Cinta Infiniti

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ain Kamalia

  • Kahwin Kampus
  • Dah Jodoh I Dengan You