Al-Hidayah
Cara Menghadirkan Diri Dalam Solat
- Regular price
- RM 8.00
- Sale price
- RM 8.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Cara Menghadirkan Diri Dalam Solat
Cara Menghadirkan Diri Dalam Solat ialah buku karya Syeikh Muhammad Soleh Al-Munajjid yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.
Sinopsis Buku Cara Menghadirkan Diri Dalam Solat
Sememangnya kita sudah sedia maklum tentang penting dan utamanya ibadah solat lebih-lebih lagi solat fardu lima waktu. Tetapi persoalan yang sering timbul ialah bagaimanakah kualiti solat yang kita lakukan setiap hari. Apakah kita ini berada di kalangan orang yang mendapat kejayaan seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2. “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” Bagaimanakah cara menjadi orang yang khusyuk dalam solatnya? Dan adakah kita berazam dan berusaha untuk menjadi orang yang berjaya tersebut?
Buku hasil tulisan Syeikh Muhammad Soleh Al-Munajjid ini memberi peluang kepada kita tentang begaimana cara untuk mendapatkan solat yang khusyuk. Khusyuk itu idaman dan matlamat utama orang bersolat. Buku ini adalah bahan bacaan yang amat berguna kepada setiap orang dalam mendapatkan solat yang berkualiti dan ingin menghadirkan dirinya dalam solat. Dan semoga dengan panduan dan huraian yang dijelaskan di dalam buku ini, solat yang kita tunai setiap hari adalah solat khusyuk dan yang diterima oleh Allah SWT.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
- Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
- Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
- Meningkatkan kefahaman syariat Islam.
Maklumat Buku
- Penulis: Syeikh Muhammad Soleh Al-Munajjid
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789675984556
- Berat: 0.3 kg
- Saiz: 6 x 8
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar agama.
- Penuntut ilmu.
- Guru agama.
- Muslim yang ingin mendalami fiqh.