Suara Hati Publication
Bos Paling Romantik Oleh Cystal Anabella
- Regular price
- RM 27.00
- Sale price
- RM 27.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bos Paling Romantik Oleh Cystal Anabella
Bos Paling Romantik karya Cystal Anabella mengisahkan hubungan yang tercetus antara dua individu daripada dunia yang berbeza serta dipenuhi konflik emosi. Kisah ini berpusat pada Sikap. Pertemuan pertama, pipi Luth calar kena tampar. Pertemuan kedua, jantung Elena hampir tercabut. Pertemuan ketiga, Luth Zafrel mengisytiharkan perang buat Ammara Elena. Perang menyakat dan buat gadis itu malu bertingkat-tingkat. Gaya lain ada.”- Elena “Gaya
Sinopsis Novel Bos Paling Romantik
Pertemuan pertama, pipi Luth calar kena tampar. Pertemuan kedua, jantung Elena hampir tercabut. Pertemuan ketiga, Luth Zafrel mengisytiharkan perang buat Ammara Elena. Perang menyakat dan buat gadis itu malu bertingkat-tingkat.
“Bagi saya bos tak ada gaya lelaki yang dilamun cinta. Gaya lain ada.”- Elena
“Gaya apa?” - Luth
“Gaya playboy.” - Elena
“Playboy paling hot, paling handsome dan paling seksi yang pernah awak lihat, kan?”- Luth
Luth dan ayat-ayat manisnya umpama isi dan kuku. Elena boleh kena diabetes bila bersama pemuda itu. Sikap ambil berat dan prihatinnya buat hati Elena jadi jelly. Tapi, boleh ke dia mempercayai jejaka yang terkenal dengan sikap kaki perempuan itu?
“Saya betul-betul tak berminat masuk campur hal maksiat bos. Dengar pun saya tak ingin. Rasa berdosa sangat.”
– Elena.
Bila Elena buat keras kepala, Luth mati kutu untuk memujuk. Tanpa Elena Luth tak senang duduk.
“Maaf kerana gagal mengawal hati ini daripada terus menginginkan sesuatu yang mustahil untuk saya miliki.” – Luth
“Semuanya dah terlewat.”- Elena.
Cinta mereka dipenuhi ranjau berduri. Pelbagai masalah memunculkan diri. Nyawa Elena hampir melayang dan Luth sama terluka. Bisakah Luth dan Elena merentasi semua halangan itu? Adakah benar Ammara Elena bidadari Luth Zafrel?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Bos Paling Romantik
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.