• 8751
1

Al-Hidayah

Bisik-Bisik Perkahwinan

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Bisik-Bisik Perkahwinan

Bisik-Bisik Perkahwinan ialah buku karya Johari Yaman yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan panduan rumah tangga dan hubungan suami isteri.

Sinopsis Buku Bisik-Bisik Perkahwinan

Cinta dan ketentuan, kalau dah jodoh tidak ke mana. Ibarat kata, ikan di laut, asam di darat di dalam periuk bertemu jua. Begitulah gambaran betapa manusia itu diciptakan memerlukan kepada pasangan, lelaki berhajatkan kepada wanita dan perempuan perlukan lelaki. Ikatan perkahwinan suatu syariat yang sangat indah, memberi banyak manfaat dan faedah kepada pasangan. Perkahwinan sumber kedamaian, keharmonian, kesihatan, ketenangan, kesinambungan zuriat, pengembangan umat dan merupakan sunnah Nabi Muhammad.

Hari berlalu musim berganti, disangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengah hari. Manusia merancang tetapi Allah yang menentukan. Begitulah gambaran yang kadang-kadang berlaku kepada masjid yang dibina tetapi roboh dalam meniti hari depan. Bahtera yang dilayari dihentam gelombang dan hanya nahkhoda yang mahir dan bijak mampu melepasi gelora, jika tidak akan tenggelam dan karam di lautan.

Bisik-bisik Perkahwinan merupakan sebuah buku motivasi perkahwinan yang dipersembahkan dalam bentuk berlainan, menarik dan menghiburkan. Resipi kebahagiaan, keberkatan, kelangsungan rumah tangga dimuatkan, dibekalkan bersama nasihat dan petua menjauhi kekeruhan yang boleh membawa kepada keruntuhan. Diselitkan bersama kisah benar dan isu-isu semasa yang sering melanda rumahtangga masyarakat kita.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Membantu memahami tanggungjawab suami dan isteri.
  • Memberikan panduan membina rumah tangga harmoni.
  • Mengandungi nasihat yang bermanfaat.
  • Sesuai dijadikan rujukan kekeluargaan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Johari Yaman
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670267340
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 x 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pasangan suami isteri.
  • Bakal pengantin.
  • Kaunselor keluarga.
  • Pembaca yang berminat dengan kekeluargaan.