Al-Hidayah
Bidayah Al-Hidayah
- Regular price
- RM 17.00
- Sale price
- RM 17.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bidayah Al-Hidayah
Bidayah Al-Hidayah ialah buku karya Al-Allamah Al-Fadil Tuan As-Syeikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaludin yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu proses pembelajaran dan pendidikan melalui penyampaian ilmu yang mudah difahami.
Sinopsis Buku Bidayah Al-Hidayah
Matan Ummul Barahin merupakan sebuah matan yang masyhur dalam mempelajari Ilmu Kalam atau Ilmu Sifat Dua Puluh. Kitab ini menerangkan di dalam bait-bait matannya mengenai sifat ketuhanan yang wajib diketahui oleh sekalian mukallaf.
Justeru, bagi memudahkan para penuntut ilmu memahami isi kandungan matan ini, Al-Allamah Al-Fadhil Tuan As-Syeikh Muhammad Zain Ibnu Al-Faqih Jalaluddin telah mengarang satu kitab bagi mensyarah dan menerangkan Matan Ummul Barahin ini yang diberi judul Bidayah Al-Hidayah.
Di dalam kitab ini juga didatangkan taqrirat (nota-nota) yang dicatatkan oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fataniy yang dibuat dalam bentuk nota kaki bagi memberi lebih kefahaman kepada para penuntut ilmu sekalian.
Semoga dengan terbitnya mutiara ilmu ini akan menjernihkan kefahaman kita dalam memahami ilmu usuluddin yang menjadi jambatan bagi memperoleh makrifatullah.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Membantu proses pembelajaran.
- Meningkatkan kefahaman sesuatu subjek.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan.
- Bermanfaat untuk guru dan pelajar.
Maklumat Buku
- Penulis: Al-Allamah Al-Fadil Tuan As-Syeikh Muhammad Zain Ibn Al-Faqih Jalaludin
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673682966
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar.
- Guru.
- Ibu bapa.
- Institusi pendidikan.