• 8054
1

Al-Hidayah

Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur Persiapan Menuju Alam Barzakh

Regular price
RM 15.00
Sale price
RM 15.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur Persiapan Menuju Alam Barzakh

Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur Persiapan Menuju Alam Barzakh ialah buku karya Jamal Ma’mur Asmani yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.

Sinopsis Buku Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur Persiapan Menuju Alam Barzakh

Adakah kita dapat membayangkan rasanya berada di alam kubur? Hanya tujuh malam sahaja? Masya Allah, sesungguhnya ini adalah kehidupan yang menakutkan dan mengerikan.

Sebuah gambaran rumah masa hadapan yang amat sempit, gelap, dingin, lembab dan sunyi. Hanya bertemankan cacing, ulat, belatung, ular, kala jengking dan makluk merayap yang menjijikkan. Tetapi sedarlah, itulah hakikat kehidupan masa depan yang pasti kita akan lalui. Tidak peduli kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa, ahli korporat atau yang melarat, kita semua akan merasai gelapnya kehidupan di alam kubur.

Jika kita lupa akan gambaran ngeri alam kubur itu, nescaya hati kita akan sentiasa jauh daripada Allah. Sebaliknya jika kita selalu ingat bahawa di dunia ini kita tidak kekal, hatta dengan kemolekan, kecantikan dan kemasyhuran status kita, nescaya kita akan berlinangan air mata membayangkan betapa kerdilnya diri ini. Kita akan terus bergegas menyiapkan diri menghadapi alam kubur dengan penuh ketakziman dan kesolehan ibadah.

Buku ini mengingatkan kita, begaimankah nasib kehidupan yang akan pasti kita jalani setelah kita kimasukkan ke liang lahad oleh mereka yang sangat menghormati dan mencintai kita selama ini, hingga 7 malam akan datang. SubhanAllah…

Ya Allah, beginikah rasanya 7 malam pertama kehidupan sepi di alam kubur? Tolonglah hamba-Mu ini Ya Allah…

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
  • Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
  • Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.

Maklumat Buku

  • Penulis: Jamal Ma’mur Asmani
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673680283
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 5 x 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar sekolah agama dan pondok.
  • Penuntut ilmu agama.
  • Guru dan pendakwah.
  • Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.