• 8251
1

Karyaseni

Bahagia Bukan Bidaan Oleh Hessa Widad

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Bahagia Bukan Bidaan Oleh Hessa Widad

Bahagia Bukan Bidaan karya Hessa Widad membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Bebas. Walaupun perkahwinan yang terbina selama 16 tahun terpaksa dibubarkan. Bebas daripada kecurangan suaminya. Belum sempat mencari bahagia baru,niatnya sudah terhalang dek desakan Azlan supaya mereka bersatu semula. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana

Sinopsis Novel Bahagia Bukan Bidaan

"Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu." - Azlan
"Terima kasih." - Ain Farhana

Lega. Walaupun perkahwinan yang terbina selama 16 tahun terpaksa dibubarkan. Dia perlu bebas. Bebas daripada kecurangan suaminya. Belum sempat mencari bahagia baru,niatnya sudah terhalang dek desakan Azlan supaya mereka bersatu semula.

"Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?" - Azlan
"Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat." - Ain Farhana
"Kalau begitu, abang tak izinkan Hana jumpa langsung dengan Kimi dan Ida!" - Azlan

Haknya sebagai ibu dinafikan!Kimi dan Ida adalah segala-galanya bagi dia. Hana hilang arah. Sering menyendiri, percubaan bunuh diri, hampir dilanggar lori,tidak hiraukan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemurungan yang dihadapi bertambah parah. Begitu kuat kesan yang ditinggalkan oleh Azlan terhadapnya.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

"Hana, sekali saya lafazkan I love you, saya memang maksudkan yang saya cintakan Hana." - Nik Zachary

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Bahagia Bukan Bidaan

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Hessa Widad

  • Senyumlah Bidadariku
  • Kau Pergi Jua
  • Cinta Ajari Aku