• 8711
1

Al-Hidayah

Anak-Anak Ajaib Penghafal Al-Quran Dalam 3 Tahun

Regular price
RM 16.00
Sale price
RM 16.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Anak-Anak Ajaib Penghafal Al-Quran Dalam 3 Tahun

Anak-Anak Ajaib Penghafal Al-Quran Dalam 3 Tahun ialah buku karya Muhammad Yusuf Abdul Rahman yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami kandungan Al-Quran melalui penerangan, tafsir atau panduan bacaan.

Sinopsis Buku Anak-Anak Ajaib Penghafal Al-Quran Dalam 3 Tahun

Al-Quran bukan hanyalah bacaan yang istimewa semata-mata, namun ia juga adalah kunci kebahagiaan dunia dan akhirat seseorang.

Ayat-ayat 'ajaib' al-Quran mampu menggetarkan jiwa-jiwa dan hati orang yang `sakit'. Ayat-ayatnya mampu menjernihkan fikiran, hati dan jiwa manusia. Hafalannya pula mampu mencerdaskan otak dan menyembuhkan pelbagai penyakit fizikal mahupun kejiwaan yang dideritai oleh manusia. Disebabkan itu, mereka yang mencintai, membaca serta menghafal al-Quran bukan hanya mempunyai otak atau daya fikiran yang cemerlang, namun juga mempunyai hati yang mantap, tabah, kuat dan tidak pernah merasakan kesedihan. Sebabnya, kesedihan tidak akan mampu menyentuh hati seorang yang mana di dalamnya terdapat ayat al-Quran yang menyala-nyala.

Buku ini menghidang kisah-kisah menarik berkenaan kanakkanak yang masih kecil usianya namun 30 juzuk al-Quran sudah terpahat di dalam ingatan mereka malah sentiasa segar terlafaz di bibir-bibir mereka. lbu bapa mana yang tidak sejuk hatinya apabila melihat anak-anak mereka walaupun masih muda usianya sudah menghafal 30 juzuk al-Quran. Pastinya kebahagiaan itu adalah suatu kebahagiaan yang paling indah sebagai ibu bapa. Semoga kisah yang terkandung di dalam buku ini menjadi inspirasi dan motivasi untuk semua pembaca.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Quran.
  • Membantu penghayatan ayat-ayat suci.
  • Sesuai dijadikan rujukan pembelajaran.
  • Menggalakkan tadabbur Al-Quran.

Maklumat Buku

  • Penulis: Muhammad Yusuf Abdul Rahman
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390549
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 6 x 8

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Keluarga Islam.
  • Pembaca umum.