Kaseh Aries Publication
Alahai, Cinta Oleh Norshiemah Md Yasan
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Alahai, Cinta Oleh Norshiemah Md Yasan
Alahai, Cinta karya Norshiemah Md Yasan membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Hariz. Hariz dan Hakeem, dua beradik yang berbeza prinsip hidup. Hariz, si teruna tampan yang sejuk beku tetapi penuh dengan kasih sayang dan cinta hanya untuk keluarga. Hakeem, si Romeo kampung yang kacak dan bermulut manis tetapi tidak serius dalam semua perkara.
Sinopsis Novel Alahai, Cinta
Hariz dan Hakeem, dua beradik yang berbeza prinsip hidup. Hariz, si teruna tampan yang sejuk beku tetapi penuh dengan kasih sayang dan cinta hanya untuk keluarga. Hakeem, si Romeo kampung yang kacak dan bermulut manis tetapi tidak serius dalam semua perkara. Tak cukup dua orang kekasih, ada hati nak tambah lagi.
Tiba-tiba Pak Talib merancang nak jodohkan Raisya untuk Hariz. Macam cacing kepanasan si adik apabila buah hati nak kena pinang dengan abang sendiri. Puas Hakeem memujuk si abang supaya berkahwin dengan Zalikha, si gadis manis yang mencintai Hariz dalam diam.
“Along tak tahu yang along boleh bahagiakan orang lain atau tak. Tengok sajalah abah dengan kau. Korang berdua pun along tak boleh nak bahagiakan.” - Hariz.
“Along jangan macam-macam. Walau macam mana pun Hakeem akan tetap kahwin dengan dia.” – Hakeem.
“Kata Ika gatal. Kalau gatal kenalah garu. Abang sendiri yang kata Ika gatal, kan.” - Zalikha
Bila dipaksa kahwin, hidup Hariz mula tidak tentu arah. Siapakah jodoh Hariz? Raisya atau Zalikha? Hakeem pula menggigit jari bila kekasihnya menjadi milik orang lain. Adakah jodoh lain untuk Hakeem? Tapi siapa dia? Alahai… Cinta. Kalau sudah cinta, katakan saja.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Alahai, Cinta
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Norshiemah Md Yasan
- Seri Suri Hatiku
- CEO Tak Dijangka
- Aku Penjaga Cintamu