• 7535
1

Al-Hidayah

Al-Yawaqit Wa Al-Jawahir Fi 'Uqubah Ahli Al-Kaba'ir

Regular price
RM 10.00
Sale price
RM 10.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Al-Yawaqit Wa Al-Jawahir Fi 'Uqubah Ahli Al-Kaba'ir

Al-Yawaqit Wa Al-Jawahir Fi 'Uqubah Ahli Al-Kaba'ir ialah buku karya Al-Syeikh Abdul Wahab al-Syarani yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.

Sinopsis Buku Al-Yawaqit Wa Al-Jawahir Fi 'Uqubah Ahli Al-Kaba'ir

Kitab karangan Al-Syeikh Abdul Wahab al-Sya’rani dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh Al-Alim Al-Syeikh Muhammad Ali Ibnu Abdul Rasyid bin Abdullah Al-jawi AI-Qadi al-Sumbawi. Kitab ini pada asalnya ditulis dalam tulisan jawi dan telah digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama, dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama. Di antara isi kandungan kitab ini adalah menyatakan tentang betapa seksanya orang yang melakukan dosa besar dan akan berhadapan dengan kesusahan dan kesakitan pada hari kiamat kelak serta bagaimana gambaran syurga dan sekalian orang yang berada di dalamnya. Dan di dalamnya mengandungi dua belas bab:

Pertama: Seksaan orang yang men inggalkan. seillbabyang.

Kedua: Seksaan orang yang derhaka bagi ibu dan bapanya.

Ketiga: Seksaan orang yang minum arak dan tuak.

Keempat: Seksaan orang yang berzina.

Kelima: Seksaan orang yang liwat.

Keenam: Seksaan orang yang makan riba.

Ketujuh: Seksaan orang yang meratap.

Kelapan: Seksaan orang yang tiada mengeluarkan zakat hartanya.

Kesembilan: Seksaan orang yang membunuh orang yang Islam dengan tiada sebenarnya.

Kesepuluh: Hak isteri aras Suaminya dan hak suami atas isterinya.

Kesebelas: Kesusahan dan kesakitan pada hari kiamat.

Kedua belas: Sifat syurga dan orang yang di dalam syurga.

Semoga kitab ini mendatangkan manfaat buat para pembaca dan penuntut ilmu yang minat mendalami ilmu melalui kitab-kitab seperti ini.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
  • Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
  • Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.

Maklumat Buku

  • Penulis: Al-Syeikh Abdul Wahab al-Syarani
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670267449
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar sekolah agama dan pondok.
  • Penuntut ilmu agama.
  • Guru dan pendakwah.
  • Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.