• 3313
1

Lovenovel

ACAM (Andai Cintamu Aku Miliki) Oleh Yusnida Tajudin

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

ACAM (Andai Cintamu Aku Miliki) Oleh Yusnida Tajudin

ACAM (Andai Cintamu Aku Miliki) karya Yusnida Tajudin membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Akan. Kadang-kadang cinta tu hadir tak perlu pun ada penyebabnya kerana cinta itu hanya perlu ada dua hati dan dua jiwa yang merasainya. Kalau kau tanya, kenapa aku pilih dia.. aku sendiri pun tak punya jawapan untuk soalan itu. Aku cuma tahu, setiap kali aku

Sinopsis Novel ACAM (Andai Cintamu Aku Miliki)

“Kalau cinta katakanlah… tidak aku terus gelisah… kalau diam manaku tahu”

Orang kata, dari mata turun ke hati, dari hati lahirlah cinta.  Kadang-kadang cinta tu hadir tak perlu pun ada penyebabnya kerana cinta itu hanya perlu ada dua hati dan dua jiwa yang merasainya.

“Kalau kau tanya, siapa yang bertahta di hati aku, aku sendiri tak punya jawabnya.  Kalau kau tanya, kenapa aku pilih dia.. aku sendiri pun tak punya jawapan untuk soalan itu.  Aku cuma tahu, setiap kali aku disapanya, hati ini rasa terlalu dekat padanya, setiap kali wajahnya melingkari pandanganku, jiwa ini rasa sudah dimilikinya.” ~ Acam.

“Mungkin di mata mereka kau hanya gadis biasa, tapi di mata aku kau sangat istimewa.  Hanya aku yang tahu di mana letaknya keistimewaanmu sehingga mampu membuatkan hatiku berdegup kencang tiap kali mengingatimu” ~ Dzil

“Aku mahu rasa kasih itu lahir sendiri tanpa perlu memaksa dirimu.  Aku mahu hatimu sepenuhnya dan kerana ini aku tidak mahu terus memaksamu menerimaku.  Biarpun aku bukan pilihanmu, aku akan tetap terus mencintaimu kerna kadangkali cinta tak bermakna memiliki …”  Qaid.

Sukar untuk menebak siapa yang akan bertahta di hati Acam, gadis kasar dan ala-ala tomboy yang sering lepas laku.  Mulutnya berbisa apabila bersuara tapi di hati ada taman bunga yang terentang luas.  Kehadiran Dzil, jejaka yang sering mengganggu hidupnya membawa hura hara di hati Acam.  Semakin dia menjauh, semakin Dzil mendekat dengan bermacam-macam kerenah.

Dalam hati berperang dengan perasaan, hadir pula Qaid, Shah dan Faizal yang cuba merebut hati Acam.  Akan terbukakah hati gadis itu untuk mereka atau haruskah dia melangkah pergi meninggalkan kesemuanya.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel ACAM (Andai Cintamu Aku Miliki)

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Yusnida Tajudin

  • Biar Cinta Bertaburan