• 8726
1

Al-Hidayah

Pidato Iblis Di Pentas Neraka Dedah Rahsia Bila Kiamat?

Regular price
RM 8.00
Sale price
RM 8.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Pidato Iblis Di Pentas Neraka Dedah Rahsia Bila Kiamat?

Iblis dengan angkuhnya menjawab: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada, manusia yang Engkau telah ciptakannya daripada tanah liat yang kering (yang berasa)l daripada lumpur hitam yang diberi bentuk.” (Al-Hijr: 33)

Iblis memandang dirinya lebih mulia daripada Adam yang diciptakan Allah daripada tanah liat. Disebabkan sikap angkuh dan sombongnya, iblis sanggup menentang perintah Allah untuk bersujud. Malah iblis meminta kepada Allah untuk terus kekal hingga Hari Kiamat dan menggoda manusia ke jalan yang dimurkai Allah.

Begitulah keangkuhan iblis yang menjadikan ia penghuni neraka yang kekal. Di mana pengikutnya adalah mereka yang ingkar dan tidak patuh kepada perintah Allah S.W.T. Iblis sebenarnya tahu tentang kebenaran Hari Kiamat, pembalasan syurga dan neraka, tetapi sifatnya yang pembohong, memungkiri janji dan menabur janji-janji palsu amat terserlah. Namun manusia masih tertipu dengan tipu dayanya.

Buku ini menukilkan tentang tipu helah dan pembohongan iblis yang akhirnya menjerumuskan ramai manusia ke jurang neraka yang amat panas dan pedih seksaannya. Semoga dengan hadirnya buku ini menjadi peringatan kepada kita tentang tipu daya dan godaan iblis serta menjauhkan kita daripada terjerumus ke lembahnya yang hina.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Keangkuhan dan keingkaran Iblis terhadap perintah Allah SWT
  • Tipu daya, hasutan dan pembohongan Iblis terhadap manusia
  • Hakikat Hari Kiamat serta pembalasan syurga dan neraka
  • Punca manusia terjerumus ke dalam dosa dan kemurkaan Allah

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca Muslim yang ingin memahami hakikat Iblis dan syaitan
  • Individu yang mahu memperkukuh akidah serta keimanan
  • Pelajar dan mahasiswa dalam bidang pengajian Islam
  • Ibu bapa dan pendidik yang mencari bahan peringatan agama

Maklumat Buku

  • Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673681228
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: 6 x 8 inci
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan