Al-Hidayah
Kesan-Kesan Amalan Nabi Ibrahim AS Dalam Sunnah Nabi SAW
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Kesan-Kesan Amalan Nabi Ibrahim AS Dalam Sunnah Nabi SAW
Selain nama Nabi Muhammad S.A.W nama Nabi Ibrahim juga tidak pernah lekang disebut oleh umat Islam seluruh dunia. Di dalam solat lima waktu sehari semalam nama Nabi Ibrahim ini kita sebut di dalam bacaan tahiyat akhir. Selain itu juga dalam ibadah korban di Hari Raya Aidil Adha juga dikaitkan dengan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Malah bangunan Kaabah di Masjidil Haram juga dibina oleh baginda dan anaknya. Begitu juga dengan sejarah pembukaan Makkah yang berkait rapat dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Islam adalah agama yang paling sempurna, lengkap, mulia dan tinggi. Asasnya telah dibina oleh Nabi Ibrahim dengan ajaran tauhid iaitu mengesakan Allah. Daripada asas ini diikuti dengan ibadah, amalan soleh dan akhlak terpuji sebagai perhiasan dan pakaian hidup. Asas ajaran tauhid ini diteruskan oleh Nabi Lut, Nabi Ismail, Nabi Yaaqub, Nabi Yusuf, Nabi Syuaib, Nabi Isa dan akhirnya diteruskan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Buku ini menghidangkan rentetan kisah-kisah Nabi Ibrahim, pesanan, amalan dan doa-doanya yang amat berguna untuk kita dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kisah kehidupan dan perjuangan Nabi Ibrahim AS
- Ajaran tauhid dan pengesaan Allah SWT
- Hubungan amalan Nabi Ibrahim AS dengan sunnah Nabi SAW
- Pembinaan Kaabah, ibadah korban dan sejarah Makkah
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang ingin mendalami kisah Nabi Ibrahim AS
- Pelajar dan pengkaji sirah Nabi serta sejarah Islam
- Individu yang ingin memperkukuh kefahaman tauhid
- Jemaah haji dan umrah yang ingin memahami sejarah Kaabah dan Makkah
Maklumat Buku
- Penulis: Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789673681327
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: 6 × 9 inci
- Berat: 0.3 kg