Al-Hidayah
Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah)
- Regular price
- RM 22.00
- Sale price
- RM 22.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah)
Al-Dur al- Thamin (Permata yang Indah) merupakan sebuah kitab yang menyatakan tentang iktiqad bagi semua orang beriman iaitu karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Syeikh Daud bin al-Syeikh Abdullah al-Fathani. Kitab ini asalnya ditulis dalam tulisan, jawi dan ia amat terkenal di kalangan pelajar-pelajar pondok dan turut digunakan sebagai bahan pengajian di masjid-masjid dan juga di surau-surau. Di antara pengisian yang boleh kita peroleh di dalam kitab ini adalah berkenalan pengenalan Ulmu Usuluddin, huraian sifat -sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Allah Ta’ala dan bagi para Rasul Allah dengan mendatangkan dalil-dalil yang berkaitan dengannya. Dan pada akhir perbahasan kitab ini turut membincangkan tentang perkara-perkara lain yang perlu kita iktiqadkan agar akidah kita terjamin selamat daripada fahaman-fahaman dan pandangan-pandangan yang menyesatkan, wal’iyya dzubillah. Bagi memudahkan para pembaca, buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah sebarang perkataan yang terdapat dalam teks asalnya supaya para pembaca dapat mengikuti setiap patah perkataannya apabila berguru kelak. Semoga segala usaha ini dapat memberi manfaat yang besar buat para pencinta ilmu di mana jua berada dan diberkati Allah jua hendaknya.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Pengenalan kepada ilmu Usuluddin dan asas iktikad orang beriman
- Sifat wajib, mustahil dan harus bagi Allah Taala
- Sifat wajib, mustahil dan harus bagi para rasul
- Dalildalil berkaitan sifatsifat Allah dan para rasul
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pelajar pondok dan madrasah yang mempelajari ilmu akidah
- Individu yang ingin memahami asas Usuluddin dan iktikad Islam
- Guru agama, ustaz dan pengajar di masjid atau surau
- Pembaca kitab Jawi yang memerlukan edisi tulisan Rumi
Maklumat Buku
- Penulis: Al-Alim Al-Allamah wa Al-Arif Al-Rabbani Al-Syeikh Daud bin
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789670267388
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.3 kg