• 7460
1

Al-Hidayah

Ensiklopedia Sihir

Regular price
RM 59.00
Sale price
RM 59.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Ensiklopedia Sihir

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar…” (Surah An-Nur: 21)

Di dalam kitab Zaadul Ma’aad, Ibnul Qayyim mengungkapkan, “Sihir adalah gabungan dari berbagai pengaruh roh-roh jahat, serta interaksi berbagai kekuatan alam dengannya”.

Sihir merupakan kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahawa tukang sihir akan melakukan berbagai keharaman atau kesyirikan dengan ganjaran pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.

Ensiklopedia ini membentangkan selok-belok perbuatan sihir dengan menggunakan bantuan jin dan memaparkan kepada para pembaca tipu helah yang digunakan tukang sihir bagi menjayakan perubatan mereka dan mengaburkan mata orang awam serta meletakkan bayaran yang lumayan dalam pekerjaan tersebut.

Semoga dengan pembacaan ini dapat memberikan penjelasan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bahayanya perbuatan sihir sehingga boleh memesongkan akidah seseorang serta bertambah keimanan setiap Muslim dalam beriman kepada Allah SWT bagi menghindari diri daripada terpengaruh dengan perbuatan sihir.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Hakikat dan konsep sihir menurut perspektif Islam
  • Hubungan tukang sihir dengan jin dan syaitan
  • Unsur kesyirikan serta amalan haram dalam sihir
  • Tipu helah tukang sihir dan perubatan palsu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Umat Islam yang ingin memahami bahaya sihir
  • Pembaca yang mahu memperkukuh akidah dan keimanan
  • Individu yang ingin mengenali helah tukang sihir
  • Pelajar dan pengkaji bidang akidah, jin dan sihir

Maklumat Buku

  • Penulis: -
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674393205
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan