• 7978
1

Al-Hidayah

Kisah Inspirasi Orang Yang Melakukan Puasa Nabi Daud AS

Regular price
RM 10.00
Sale price
RM 10.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Kisah Inspirasi Orang Yang Melakukan Puasa Nabi Daud AS

“Puasa yang paling disukai di sisi Allah SWT adalah puasa Daud A.S dan solat yang paling di sukai Allah SWT adalah solat Nabi Daud A.S. Beliau biasanya tidur di pertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan beliau tidur lagi pada seperenam malam terakhir. Dan beliau biasanya berpuasa sehari dan berbuka sehari.” Kenapa puasa Nabi Daud A.S paling disukai Allah SWT sudah tentu mempunyai banyak keistimewaannya. Dan buku ini amat menarik dan penuh inspirasi menghimpunkan kisah-kisah mereka yang mengamalkan puasa Daud yang berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku dikutip dari pelbagai sumber. Dengan lenggok bahasa yang mudah, pembaca akan dapat menghayati kandungan lautan hikmah yang dibentangkan. Kisah-kisah ini mampu menggetarkan semangat anda. Benar, sungguh banyak sekali keajaiban yang diraih oleh para pengamal puasa Daud. Secara rasional dan dari sudut perubatan sains puasa adalah cara untuk awet muda, menyembuhkan berbagai penyakit dan banyak lagi. Dan lebih dari itu keajaiban-keajaiban lain yang tidak mampu kita fikirkan secara logik seperti peristiwa yang tidak kita sangka tetapi benar-benar berlaku.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengertian dan keutamaan Puasa Nabi Daud AS
  • Kisah inspirasi individu yang mengamalkan puasa sehari dan berbuka sehari
  • Hikmah, keajaiban dan manfaat rohani daripada amalan puasa
  • Hubungan puasa dengan disiplin diri, kesihatan dan gaya hidup

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Individu yang ingin mengenali dan mengamalkan Puasa Nabi Daud AS
  • Pembaca yang mencari motivasi untuk meningkatkan amalan sunat
  • Umat Islam yang berminat memahami hikmah dan kelebihan berpuasa
  • Mereka yang ingin membina disiplin diri melalui ibadah

Maklumat Buku

  • Penulis: Salman Rusydie Anwar
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670267241
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.3 kg

Buku Berkaitan