NOTIS CUTI HARI RAYA AIDILADHA

BBO mula bercuti pada 18 OGOS (Sabtu) - 28 OGOS (Selasa)

Tempahan & bayaran terakhir hendaklah dihantar SELEWATNYA pada 15 OGOS (RABU)

Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 16 OGOS (KHAMIS) akan diproses bermula 29 OGOS (Rabu)

(u/ p : Tempahan di website diterima seperti biasa & DISKAUN 10% sepanjang tempoh bercuti)

Sila rancang tempahan masing-masing untuk mengelak sebarang kesulitan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

New Bos Paling Romantik Expand

Bos Paling Romantik

Suara Hati Publication Suara Hati Publication

Suara Hati Publication

New

Penulis : Cystal Anabella

More details

RM27.00

Tajuk : Bos Paling Romantik
Penulis : Cystal Anabella
Harga : RM27.00
ISBN : 9789671540862

Sinopsis
Pertemuan pertama, pipi Luth calar kena tampar. Pertemuan kedua, jantung Elena hampir tercabut. Pertemuan ketiga, Luth Zafrel mengisytiharkan perang buat Ammara Elena. Perang menyakat dan buat gadis itu malu bertingkat-tingkat.

“Bagi saya bos tak ada gaya lelaki yang dilamun cinta. Gaya lain ada.”- Elena

“Gaya apa?” - Luth

“Gaya playboy.” - Elena

“Playboy paling hot, paling handsome dan paling seksi yang pernah awak lihat, kan?”- Luth

Luth dan ayat-ayat manisnya umpama isi dan kuku. Elena boleh kena diabetes bila bersama pemuda itu. Sikap ambil berat dan prihatinnya buat hati Elena jadi jelly. Tapi, boleh ke dia mempercayai jejaka yang terkenal dengan sikap kaki perempuan itu? “Saya betul-betul tak berminat masuk campur hal maksiat bos. Dengar pun saya tak ingin. Rasa berdosa sangat.” – Elena.

Bila Elena buat keras kepala, Luth mati kutu untuk memujuk. Tanpa Elena Luth tak senang duduk.

“Maaf kerana gagal mengawal hati ini daripada terus menginginkan sesuatu yang mustahil untuk saya miliki.” – Luth

“Semuanya dah terlewat.”- Elena.

Cinta mereka dipenuhi ranjau berduri. Pelbagai masalah memunculkan diri. Nyawa Elena hampir melayang dan Luth sama terluka. Bisakah Luth dan Elena merentasi semua halangan itu? Adakah benar Ammara Elena bidadari Luth Zafrel?

Suara Hati Publication

Write a review

Lelaki Kiriman Tuhan

Penulis : Umie Nadzimah