New Selangkah Ke Alam Ghaib (Siri 2) Expand

Selangkah Ke Alam Ghaib (Siri 2)

Pustaka Kanzun Mahfiyyan

Pustaka Kanzun Mahfiyyan

New

Penulis : Mohd. Razif Bin Hamzah

More details

RM20.00

Tajuk : Selangkah Ke Alam Ghaib (Siri 2)
Penulis : Mohd. Razif Bin Hamzah
Harga : RM20.00
ISBN : 99789671590904

Sinopsis
Novel ini membuktikan betapa alam ghaib itu sebenarnya ada. Bukan ada di kejauhan. Akan tetapi ada di kedekatan iaitu di dalam persekitaran anda!

Alam ghaib dan alam nyata pada hakikatnya adalah satu. Tapi kedua-dua alam ini dipisahkan oleh pandangan mata! Apabila tersingkap pandangan, maka akan terbukalah di sisi anda hal-hal yang pelik, aneh dan ganjil berkaitan dengan soal-soal mistik dan kesaktian, oleh adanya manusia-manusia sakti dan makhluk-makhluk yang ghaib.

Namun oleh terlalu kuatnya pengaruh falsafah kebendaan yang bersifat sekular semata-mata, maka masih ada saja yang menafikan keberadaannya. Bagi mereka, hal-hal ghaib penuh kesaktian itu adalah perkara-perkara tahyul, khurafat, mustahil dan ilusi semata-mata!

Maka bacalah kisah-kisah dalam novel ini, dan kemudiannya nafikanlah! Kisah-kisah yang dipaparkan ini bukanlah untuk dipercayai. Namun terserahlah kepada kalian, sama ada mahu menafikannya.

Apapun, berhiburlah dengan kisah-kisah yang penulis sendiri memang benar-benar melaluinya untuk memecahkan misteri dirinya sendiri, di sebalik acapkalinya ungkapan oleh orang-orang yang berlainan kepadanya: “Engkau ini Adi, ada sesuatu yang aku nampak, sentiasa ikut bersama-sama engkau!”

Apakah atau siapa-siapakah yang sentiasa bersama-sama Adi itu? Apakah motifnya? Apakah hadirnya untuk misi kebaikan atau membawa petaka dan bencana kemanusiaan?

Silalah dapatkan novel yang sangat menarik ini yang akan memberikan anda jawapan-jawapannya!

Pustaka Kanzun Mahfiyyan

Write a review

Selangkah Ke Alam Ghaib (Siri 2)

Selangkah Ke Alam Ghaib (Siri 2)

Penulis : Mohd. Razif Bin Hamzah