NOTIS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

BBO mula bercuti pada 9 Jun (Sabtu) - 26 Jun (Selasa)

Tempahan & bayaran terakhir hendaklah dihantar SELEWATNYA pada 5 Jun (Selasa)

Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 6 Jun (Rabu) akan diproses bermula 27 Jun (Rabu)

(u/ p : Tempahan di website diterima seperti biasa sepanjang tempoh bercuti. Tebus kod diskaun tambahan RM1 : AIDILFITRI di ruangan Vouchers)

Sila rancang tempahan masing-masing untuk mengelak sebarang kesulitan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

New Demi Kamu, Anna Balqis Expand

Demi Kamu, Anna Balqis

Penulisan2u Penulisan2u

Penulisan2u

New

Penulis : Myra Ameer

More details

RM27.00

Tajuk : Demi Kamu, Anna Balqis
Penulis : Myra Ameer
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-2102-50-2

Sinopsis
Tak perlu sempurna untuk jatuh cinta kerana yang sempurna itu hanyalah Dia.

HAKIM, hidupnya dari mula lagi tidak sesempurna mana. Lahirnya tanpa dia sendiri ketahui dari mana asal usulnya. Kehilangan ibu kandung ketika dia baru berusia 16 tahun membuat dia terpaksa berjerih untuk meneruskan hidup.

BALQIS, hidupnya juga jauh dari sempurna. Dia keseorangan. Dibesarkan oleh lelaki yang tidak jelas ikatan mereka malah terlibat dengan dunia hitam membuatkan hidupnya terkongkong dan tidak pernah aman. Disebabkan satu kesilapan, Balqis diburu. Pelariannya menemukan dia dengan Hakim secara tidak sengaja.

“Kau datang nak mencuri eh?” – HAKIM

“Mencuri dekat bengkel buruk ni? Hello! Kalau setakat besi buruk aje yang ada, apa yang boleh aku curi dan jual?” – BALQIS

Pertemuan tersebut tidak terhenti di situ. Mereka bertemu lagi dan setiap kali Balqis berada di dalam kesusahan, Hakim pasti muncul sebagai wira penyelamatnya. Disebabkan satu peristiwa yang tidak diduga, juga demi menyelamatkan nyawa dan maruah Balqis, Hakim yang terpaksa menjadi pelindungnya.

“Kalau kau dah tak sayang nyawa sangat, aku tak kisah. Lantak kaulah situ. Lagi senang hidup aku sebab tak payah fikirkan tentang keselamatan kau lagi.” – HAKIM

“Aku bukannya pergi mana-mana, aku turun bawah aje.” – BALQIS

“Pergi bawah aje? Kau tahu tak kalau kau leka sikit, dekat bawah tu pun kau boleh mati!” – HAKIM

Terbiasa hidup keseorangan menyebabkan kehadiran Balqis terasa begitu menyusahkan. Apatah lagi dengan kedegilan Balqis yang membuatkan mereka sering tak sehaluan. Tetapi, di saat mereka memilih untuk berdamai, satu kebenaran yang memeritkan terbongkar. Hakim hampir rebah dan Balqis mula hilang arah.

Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu ada sebabnya. Sesungguhnya, takdir Allah itu benar! Dan sesungguhnya, Dia yang menentukan segala-galanya juga benar! Hakim dan Balqis, mampukah mereka reda andai kisah silam itulah yang membuatkan jiwa mereka goyah dan lukanya semakin parah?

“Hakim…kalaulah aku mampu undurkan waktu, aku lebih rela jika kita tidak pernah bertemu!” – ANNA BALQIS

Write a review

Demi Kamu, Anna Balqis

Demi Kamu, Anna Balqis

Penulis : Myra Ameer