NOTIS CUTI HARI RAYA AIDILADHA

BBO mula bercuti pada 18 OGOS (Sabtu) - 28 OGOS (Selasa)

Tempahan & bayaran terakhir hendaklah dihantar SELEWATNYA pada 15 OGOS (RABU)

Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 16 OGOS (KHAMIS) akan diproses bermula 29 OGOS (Rabu)

(u/ p : Tempahan di website diterima seperti biasa & DISKAUN 10% sepanjang tempoh bercuti)

Sila rancang tempahan masing-masing untuk mengelak sebarang kesulitan

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

New Biar Berbekas Expand

Biar Berbekas

Must Read Must Read

Must Read

New

Penulis : Roza Roslan

More details

RM40.00

Tajuk : Biar Berbekas
Penulis : Roza Roslan
Harga : RM40.00
ISBN : 978-967-2038-61-0

Sinopsis
“Duhai anakku, mama mohon maaf.

Barangkali awak membesar sendirian tanpa cukup bimbingan seorang ibu. Barangkali ada tangisan dalam diam. Air mata kering sendiri tanpa mama mendakap dan mengelapnya.

Barangkali awak tergelincir, jatuh lalu terluka. Namun, mama tiada di sisi. Malah tangan yang terkapai mama tidak pernah sempat menyambutnya. Luka itu barangkali dalam, tetapi awak diamkan. Langsung tidak pernah mengadu, jadi mama tidak pernah tahu.

Mungkinkah ia belum sembuh atau bekas lukanya masih berbekas hingga kini? Mama tidak pasti.

Anakku, awak membesar tanpa mama sedar. Sedangkan ketika itu mama begitu sibuk mengejar seisi dunia. Mama mahu itu dan ini. Mama mahu semua.”

Semalam, saya terbayang ketika anak-anak sibuk mahukan ibunya, si ibu lebih menyibukkan diri. Majikan diutamakan dan didahulukan melebihi keluarga sendiri. Si ibu lebih takut kepada majikan daripada takut tidak menjalankan amanahnya terhadap Ilahi. Diam-diam, anak-anak berdikari tanpa si ibu di sisi.

Astaghfirullahal-ʻAzhim!

Write a review

Asmaul Husna : Atas Namamu Aku Merintih

Penulis : Dr Wan Maseri