NOTIS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

BBO mula bercuti pada 9 Jun (Sabtu) - 26 Jun (Selasa)

Tempahan & bayaran terakhir hendaklah dihantar SELEWATNYA pada 5 Jun (Selasa)

Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 6 Jun (Rabu) akan diproses bermula 27 Jun (Rabu)

(u/ p : Tempahan di website diterima seperti biasa sepanjang tempoh bercuti. Tebus kod diskaun tambahan RM1 : AIDILFITRI di ruangan Vouchers)

Sila rancang tempahan masing-masing untuk mengelak sebarang kesulitan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

New Mr. & Mrs. Liar Expand

Mr. & Mrs. Liar

Lovenovel Lovenovel

Lovenovel

New

Penulis : Fazlyn Ridz

More details

RM27.00

Tajuk : Mr. & Mrs. Liar
Penulis : Fazlyn Ridz
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-2185-09-3

Sinopsis
Oleh sebab cintanya kepada Hani terkandas kerana Kamil, Putra menyepi sekian lama tanpa didampingi wanita. Sehinggalah dia bertemu dengan Tania, adik angkat a.k.a. sepupu kepada Kamil yang pernah menjadi racun dalam hubungan cintanya dahulu. Lalu dia mendapatkan gadis itu dengan tipu daya.
Anehnya, kerap kali lelaki menipu wanita untuk mengecewakan. Ironinya Putra menggunakan penipuan untuk mengikat Tania kepadanya. Watak lelaki jahat terus dimainkan untuk melihat sejauh mana tipu daya Tania kepadanya pula. Walaupun tahu Tania berpura-pura, dia nekad mahu memiliki gadis itu biarpun tanpa restu bapanya. Ada sebabnya!
“Bukan you yang jahat. I yang jahat selama ni.” – Tania
“Give me the knife, baby. I tak marah. I tak sengaja, sayang.” – Putra
Tania pernah melalui kisah hitam menderita penyakit PTSD. Sakit yang turut didorong oleh didikan Puan Sri Karmila, ibu Kamil. Memori bapa kandung membunuh ibu kandungnya bukan mudah untuk dipadamkan. Tetapi menjalani hidup bersama Putra, hidup Tania berubah. Dia bahagia!
‘I’m going to take shower. If you play with my underwear again, you aren’t getting any of my pancakes for breakfast. I’m serious, Putra. It wasn’t funny! ’- Tania
“Manalah I tahu. Itu tak macam seluar dalam pun. Selalunya seluar dalam you… err. Apa namanya tu?” – Putra
Hidup sebagai suami isteri telah menggembirakan Tania. Tetapi ada yang belum selesai. Hani muncul dalam hidup Putra bersama Daniel. Daniel, anak kandung Hani membuka rahsia besar tentang Kamil dan Putra. Apakah rahsia itu?
Rentetan kisah lalu orang lain, mereka berempat yang mengutip hasilnya. Duka! Sengketa demi sengketa membuatkan mereka terpaksa berpaut kuat antara satu sama lain agar tidak terpisah.
Mr. & Mrs. Liar… mereka tenggelam di celahan tipu daya. Bersama-sama mereka berusaha melepasi ranjaunya!

Write a review

Mr. & Mrs. Liar

Mr. & Mrs. Liar

Penulis : Fazlyn Ridz