NOTIS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

BBO mula bercuti pada 9 Jun (Sabtu) - 26 Jun (Selasa)

Tempahan & bayaran terakhir hendaklah dihantar SELEWATNYA pada 5 Jun (Selasa)

Tempahan & bayaran yang dihantar bermula 6 Jun (Rabu) akan diproses bermula 27 Jun (Rabu)

(u/ p : Tempahan di website diterima seperti biasa sepanjang tempoh bercuti. Tebus kod diskaun tambahan RM1 : AIDILFITRI di ruangan Vouchers)

Sila rancang tempahan masing-masing untuk mengelak sebarang kesulitan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

New Dia Perempuanku Expand

Dia Perempuanku

Intens Intens

Intens

New

Penulis : Fauziah Ashari

More details

RM30.00

Tajuk : Dia Perempuanku
Penulis : Fauziah Ashari
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-5289-76-7

Sinopsis
Tengok I. Berdiri statik

Usai dia tunjukkan kertas itu kepada Aazad yang berdiri di jendela bangunan sana, dia undurkan dirinya. Ardini senyum senget. Kau memang cari nahas Tuan Ardini. Ini pagi lagi la ngok. Kalau orang sana tergoda, mati kau nak layan dia kat mana? Takkan kat ofis ni kut. Mati terkejut karang minah tu. Belum lagi witch yang sorang tu.

“Pedulilah kalau orang kata aku miang kat Aazad.”

Ardini mula berdiri ala gaya model. Dia berjalan perlahan-lahan sambil mahu membuka butang kemejanya satu persatu bermula dari atas. Mengacah Aazad saja. Gayanya yang slow motion itu buat Aazad terkejut. Teruja? Sangat sebenarnya. Ah, Ardini bikin dia gawat di pagi hari.

“Bos!” Juliana menerjah masuk, seiring dengan bukaan pintu.

Pekkkk!

“Bos!” Juliana buntang mata melihat Ardini yang terjelepok jatuh.

“Awat ni bos?”

“You la, yang sergah I, kenapa? Terkejut tau tak!” Geram pula Ardini. Orang sedang sibuk goda Aazad, ada pula yang kacau daun. Dia mengurut pergelangan kakinya. Dahlah hari ni stiletto heel nya 5 inci. Selalunya dia pakai yang 2 ½ inci saja.

*************************************************************************

AAZAD RADI : Dia perempuan yang aku kahwini. Dia juga perempuan yang aku cerai! Namun dia juga yang kucintai. Tidak akan aku lepaskan dia lagi, perempuanku yang bertakhta di hati.

“Saat berpisah, sudah abang catat di hati, bila bertemu nanti...akan abang hayati setiap saat.”

TUAN ARDINI : Aku jatuh cinta kerana dia lelaki baik yang sangat menyayangi keluarganya. Namun, sayang, dia terseksa memilih antara aku dan mamanya. Dan aku memilih untuk memudahkan hubungan kami. Jadilah kami seperti aku ini mistressnya dan dia sugar daddyku.

“I dalam penjara, rasa cinta juga dalam penjara. Penjara jiwa.”

SEJAUH manakah pasangan ini berjaya pertahankan kisah unik dan aneh mereka daripada cengkaman Datin Sri Dafinah yang psiko?

Write a review

Dia Perempuanku

Dia Perempuanku

Penulis : Fauziah Ashari