BeliBukuOnline.Com.My atau lebih dikenali sebagai BBO merupakan Kedai Buku Online Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh pengasasnya, saudara En. Mohd Adli bin Haji Mat Yusof. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai kepakaran dalam mengendalikan peralatan berteknologi tinggi seperti Digital Satellite News Gathering (DSNG) dan juga Microwave System namun tidak menghalangnya untuk menubuhkan BeliBukuOnline.Com.My kerana ini merupakan minatnya yang suka membaca buku sejak sekian lama.

Sepanjang beroperasi secara online, BeliBukuOnline.Com.My merupakan PAKAR dan PILIHAN No 1 dalam menyelesaikan masalah pembeli yang menghadapi kesukaran untuk ke kedai buku. Selain itu, BeliBukuOnline.Com.My dapat membantu pembeli mengurangkan kos yang tidak perlu seperti kos pengangkutan dan menjimatkan masa pembeli daripada terbuang dalam perjalanan yang mungkin memenatkan. Kelebihan utama ialah  pembeli dapat lakukan semua ini di rumah sahaja dengan mudah bermula dengan tempahan sehingga kepada bayaran.

Segala urusan jual beli buku di laman web Beli Buku Online.Com.My diuruskan sepenuhnya oleh Adli Online Enterprise dan berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no pendaftarannya 001997759-T. Namun bermula pada 1 Jan 2013, urusan ini telah diambilalih pula oleh Adli Rich Networks dengan nombor pendaftarannya 002189596-A

Pada peringkat awal penubuhan BeliBukuOnline.Com.My, hanya terdapat beberapa kategori dan buku sahaja yang dijual di sini. Memandangkan terdapat banyak permintaan dan sambutan yang begitu menggalakkan daripada peminat buku, BeliBukuOnline.Com.My mengorak langkah ke depan dengan menjual buku dari pelbagai genre terutama dari penerbit buku seperti :

a. Alaf 21
b. Buku Prima
c. Karya Seni
d. Kaki Novel
e. Utusan Publishing
f. Roket Kertas
g. Fajar Pakeer
h. Galeri Ilmu
i. Jemari Seni
j. Al Hidayah
k. Must Read
l. Telaga Biru dll

Setakat ini pelanggan BeliBukuOnline.Com.My sudah melebihi 1,400 orang manakala Fans Beli Buku Online di Facebook pula sudah melebihi 6,400 orang dan bilangan ini terus meningkat dari masa ke semasa. Selain pasaran di Malaysia, BeliBukuOnline.Com.My juga telah membuat penghantaran ke negara China, Hong Kong, United States, Thailand, Australia, Switzerland, United Kingdom, Brunei dan Singapura.