Membongkar Di Sebalik Misteri MH370 Expand

Membongkar Di Sebalik Misteri MH370

Casamas Casamas

Casamas

New

Penulis : Mohammad Qayyum A. Badaruddin

More details

This product is no longer in stock

RM24.00

Tajuk : Membongkar Di Sebalik Misteri MH370
Penulis : Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-5994-13-5

Sinopsis
"Membongkar Di Sebalik Misteri MH370"
 
Dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang awal pagi 8 Mac 2014. Penerbangan itu yang membawa 227 penumpang dari 15 buah negara termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal menjadi tumpuan dunia.  Pesawat itu terputus hubungan daripada pusat kawalan udara Subang sekitar pukul 2.40 pagi iaitu hanya 2 jam setelah berlepas. Usaha pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) di Teluk Thailand. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac). 
 
Operasi besar-besaran  mencari pesawat MH370 melibatkan lebih 30 pesawat dan 40 kapal dari berbagai masih tidak memberi sebarang petunjuk. Penggeledahan dilaut terbuka secara massa masih diteruskan.
 
Berbagai-bagai kemungkinan dan teori ditonjolkn oleh berbagai-bagai pihak termasuk untuk memberi indikasi pencarian pesawat tersebut. Namun nasib pesawat MH370 kekal menjadi misteri.
Adakah ini merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi dari negara-negara atau pihak tertentu? Atau satu tragedi yang sungguh mistik?
Adakah kelonggaran sistem pemeriksaan telah menyebabkan penumpang dapat menaiki pesawat dengan passport curi?
Mungkinkah ini merupakan satu permainan perang teknologi yang menjadikan pesawat MH 370 sebagai mangsa keadaan?
 
Buku ini mengkaji kronologi dan sebaik mungkin membongkar satu teori dan kemungkinan di sebalik tragedi MH370. Buku wajib baca oleh semua golongan dan sesuai untuk dijadikan rujukan bagi menghadapi kemungkinan tragedi akan datang.


Pendahuluan
Sama ada ia satu tragedi atau satu strategi, namun dua cukup letih mengikuti kejadian tersebut yang seperti tiada kesudahannya itu. Berbagai teori dan fenomena telah ditimbulkan untuk mencari jalan keluar terhadap masalah yang semakin buntu itu.

Maklumbalas dan reaksi masyarakat tempatan dan seluruh dunia memberi gambaran bahawa mereka perihatin terhadap tragedi tersebut. Walaupun yang berbicara itu adalah individu yang tiada latar belakang langsung tentang perkara yang berkaitan dengan penerbangan, laut atau aspek teknikal berkaitan isu tersebut, namun mereka membuka ruang berfikir dan cuba terlibat sama dalam membantu mencari penyelesaian.

MH370 adalah cerita besar yang melibatkan penglibatan pakar-pakar dari seluruh dunia dalam berbagai bidang. Kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah mencecah ratusan juta Dollar dan ia sedang terus meningkat. Namun berdiam diri serta menyerah kalah bukan caranya mengakhiri pencarian serta memberi justifikasi kepada keluarga mangsa.

Adakah ia hilang atau telah dihilangkan oleh pihak tertentu. Adakah ini merupakan konspirasi terbesar selepas peristiwa 9/11. Kenapakan Malaysia dijadikan kambing hitam atau adakah ini usaha licik untuk mengeruhkan hubungan antara Malaysia dan negara China. Perkara ini merupakan satu persoalan yang akan dikupas dalam buku ini.

Pembaca akan disajikan dengan input dan demensi pemikiran dari berbagai sudut. Semoga buku ini akan dapat mengumpul pandangan-pandangan selama ini dan akan mencetuskan pandangan baru terhadap tragedi ini dan tragedi-tragedi akan datang yang mungkin lebih dasyat lagi.


Write a review

Misteri 5 : Peperangan Dunia 3 Telah Bermula

Penulis : Abu Talhah Iqamuddin