Apabila rakan-rakan membuat tempahan buku secara online di BBO pastikan rakan-rakan berhati-hati menggunakan bayaran ipay88. Ini adalah kerana ada kes yang terjadi sebelum ini, tempahannya tidak diproses hanya disebabkan kesilapan terknikal semasa proses membuat bayaran.

Tempahan rakan-rakan hanya akan lengkap dan dapat direkod dalam sistem tempahan BBO sekiranya tiada gangguan semasa proses bayaran ini dilakukan. Biasanya gangguan ini melibatkan :

a. Talian internet yang kurang memuaskan.

b. Bayaran belum lengkap sepenuhnya.

Bagaimana nak elak perkara ini daripada berlaku? Semasa talian kurang memuaskan, elakkan guna telefon pintar untuk membuat tempahan. Pastikan rakan-rakan menggunakan komputer di rumah untuk pembelian.

Bayaran belum lengkap sepenuhnya adalah disebabkan rakan-rakan terlalu cepat untuk keluar dari sistem tempahan BBO. Bayaran hanya akan lengkap selepas bayaran berjaya dan rakan-rakan dikembalikan semula ke website BBO. Ada beberapa langkah yang perlu diambil perhatian semasa bayaran ini dilakukan.

Bagaimana nak tahu sistem tempahan telah berjaya dan ada rekod di BBO? Sistem tempahan BBO akan berikan satu nombor identiti yang unik menerusi email. Nombor ini tidak akan sama antara pembeli A dan pembeli B. No identiti ini juga dikenali sebagai 'Id Order'.

Rakan-rakan pembeli boleh semak Id Order ini di website BBO di ruangan 'My Account' dan cari ruangan Order History. Rujuk gambar di atas sebagai rujukan.