Bagi menghargai rakan-rakan pembeli dan juga rakan dropship, pada 23 Nov 2017 (Khamis), BBO akan buka tawaran diskaun selama 2 hari berturut-turut iaitu berakhir pada 24 Nov (Jumaat). Tawaran diskaun ini bermula 20% untuk semua kategori buku yang terdapat di website BBO.

Bagaimana nak dapat diskaun ini? Rakan-rakan pembeli hendaklah layari website BBO seperti biasa dan pastikan telah ada akaun dan telahpun log in (masukkan alamat email dan juga kata laluan).

Harga yang tertera pada setiap tajuk buku telahpun ditolak 20%. Sekiranya nak tahu harga asal, rakan-rakanlah rujuk di ruangan sinopsis. Jadi dapatlah lihat perbezaan harga sebelum dan selepas diskaun.

Jadi pastikan rakan-rakan tunggu pada 23 Nov untuk penjimatan harga. Namun jika tak dapat tunggu juga dan nak buat tempahan segera pun boleh sekiranya bimbang stok buku kehabisan. Ini adalah kerana ada beberapa tajuk buku yang stoknya agak terhad. Biasanya melibatkan novel yang mendapat permintaan tinggi seperti Mr. Hot Guy.

Sila hebahkan kepada rakan-rakan yang lain supaya mereka juga tahu apa yang akan berlaku pada 23 Nov nanti. Selamat berjaya dan selamat memborong buku kegemaran.