Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap 21 penerbitan melalui Warta Kerajaan P.U (A) 391-401 bertarikh 19 Disember kerana boleh memudarat atau mengelirukan pembaca terutama generasi muda.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Warta Perintah Larangan ini adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Katanya, perintah itu menetapkan pencetakan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

“Semua penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kemoralan dan memudaratkan kepentingan awam.

“Malah, secara keseluruhannya, ia dilihat boleh memudarat atau mengelirukan pembaca terutama generasi muda dan ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, Alwi berkata, adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.

Katanya, mereka boleh dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan seperti yang ditetapkan mengikut Seksyen 8 (2) Akta 301.

“Sekiranya masyarakat awam mendapati masih terdapat penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat

KDN warta 21 penerbitan mudaratkan pembaca kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 03188868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my,” katanya.

sumber : Harian Metro 30 Dec 2017 Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my