Pihak mukasurat.my telah senaraikan 10 kedai buku atas talian yang menjadi pilihan editornya. mukasurat.my merupakan laman portal di bawah kendalian Perbadanan Kota Buku. Portal ini menyiarkan berita-berita yang berkaitan dengan segala aktiviti buku di seluruh dunia secara amnya dan Malaysia secara khasnya.
Maklumat lanjut, bolehlah layari http://mukasurat.my/2017/12/12/10-kedai-buku-atas-talian/
Latar Belakang Perbadanan Kota Buku
Perbadanan Kota Buku diilhamkan sejajar dengan hasrat Dasar Buku Negara (DBN) yang menyarankan agar ditubuhkan sebuah “Pusat Buku”di Malaysia.
Kota Buku ialah pusat sehenti bagi menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit untuk bertemu dan membantu mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan kegiatan perbukuan di antara satu sama lain.
Visi
Menjadi sebuah agensi unggul dalam pembangunan perbukuan negara yang meliputi aspek berikut;
1) Pembinaan Kapasiti,
- Latihan karyawan
- Kualiti penerbitan
- Profesionalisme penggiat industri
- Nilai tambah kepada kegiatan perbukuan
2) Perdagangan Kandungan,
- Penerbitan digital dan konvensional
- Perdagangan dalam dan luar negara
- Kawalan harta intelek
- Perbekalan kandungan negara ke luar negara
3) Aktiviti Perbukuan
- Aktiviti komersial dan pelaburan sosial
- Pameran dan jualan
- Domestik dan antarabangsa
- Penerbitan genre dan tema terpilih
4) Pendayaan Teknologi
- Buku masa depan
- Solusi mutakhir kandungan negara
- Pendayaan berterusan
Misi
- Menyediakan latihan bagi pembinaan kapasiti khususnya dalam aspek ‘buku masa depan’ melalui Akademi Kota Buku.
- Menjadi pemacu kepada pembangunan perbukuan negara melalui program pelaburan sosial, jaringan kerjasama dalam dan luar negara, penerokaan pasaran baru dan penyediaan prasarana perbukuan kelas dunia.
- Membangunkan platform Kota Buku Digital sebagai pemangkin berimpak tinggi dalam keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Objektif
- Menjadi nukleus pembangunan industri perbukuan negara
- Menjadi pusat aktiviti dan pameran perbukuan tempatan
- Menjadi rujukan dan pusat runding cara industri perbukuan
- Menjadi peneroka teknologi mutakhir dalam industri kandungan dan buku
sumber : http://kotabuku.my/ms/about-us/background/