Reduced price! Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy Expand

Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy

Al-Hidayah Al-Hidayah

AL

New

Penulis : Djamaluddin Ahmad Al-Bunni

More details

RM20.90

RM22.00

-5%

Tajuk : Misteri Solat Tahajjud Menembus Arasy
Penulis : Djamaluddin Ahmad Al-Bunni
Harga : RM22.00
ISBN : 9789670267357
Mukasurat : 448
Berat (kg) : 0.5
Saiz (inci) : 6 x 8

Sinopsis
Solat Tahajjud ini begitu istimewa sehingga disebutkan di dalam AI-Quran dan Hadis tentang kelebihannya. Nabi Muhammad S.A.W sangat menganjurkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat sunat ini sebagai solat tambahan kepada solat fardu. Mengapa? Sudah pasti ada misteri di sebaliknya. Banyak fadilat di sebalik amalan Solat tahajjud ini yang sudah pasti kita pernah dengar dan baca sebelum ini.

Buku ini menghadirkan kepada kita tentang bagaimana hebatnya Solat Tahajjud ini sehingga para sahabat Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sepanjang hayat mereka. Begitu hebat dan besarnya kuasa solat sunat yang ketika itulah, paling enak untuk manusia tidur melayan mimpi-mimpi indah dan menikmati kehangatan selimut tebal di atas tilam empuk berjenama terkenal. Adakah kita mahu terus menikmati keseronokan sementara yang berakhir apabila matahari mula terbit. Atau bangun berwuduk, bertahajjud, bersujud dan menadah tangan memohon doa, Ilahi agar dianugerahkan kenikmatan sebenar dan berkekalan di dunia dan akhirat.

Semoga buku yang penuh misteri ini menjadi pencetus agar kita, terus kuat dan jitu untuk bangun bertahajjud dan menikmati apa yang dinikmati para penghuni syurga dan kekasih Allah. Semoga segala amalan dan tahajjud kita diterima Allah S.W.T.

Write a review

Kurnia Untukku

Penulis : Liz Haliza