Categories

PayPal Verified

Kisah Pengajaran Daripada Para Sahabat & Solihin Di Ambang Kematian

Penulis : Syeikh Majdi Fathi As-Sayyid   

More details

Al Hidayah

RM20.00

By buying this product you can collect up to 2 loyalty points. Your cart will total 2 points that can be converted into a voucher of RM0.20.


Customers who bought this product also bought:

Customers opnion about this product

Tajuk : Kisah Pengajaran Daripada Para Sahabat & Solihin Di Ambang Kematian
Penulis : Syeikh Majdi Fathi As-Sayyid  
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-026-792-0
Mukasurat : 340

Sinopsis
Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian walau dengan apa jua cara tanpa mengetahui bilakah detik dan masanya. Justeru, kematian merupakan satu perkataan yang digeruni dan kalau boleh cuba dielakkan untuk berbicara mengenainya kerana ia memisahkan manusia dengan kelazatan dan kesenangan dunia yang melekakan. Ditambah pula dengan kesakitan dan kedahsyatan saat menghadapi kematian iaitu ‘sakaratul maut’ yang digambarkan oleh Rasulullah SAW sebagai Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi) Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bahagian kain sutera yang terkoyak ?” (HR Bukhari) Di antara sebab kenapa Islam menganjurkan umatnya supaya mengingati mati ialah, kerana manusia yang sentiasa mengingati mati akan dapat mendidik jiwanya menjadi rendah diri, tidak resah gelisah, tidak lupa diri dan sombong bahkan bersedia untuk menempuh kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Kematian daripada perspektif Islam ialah suatu proses perpindahan daripada satu alam ke alam yang lain, iaitu alam dunia ke alam barzakh yang merupakan tempat penantian untuk sampai ke alam akhirat. Kematian merupakan perpindahan dari alam yang sementara ke alam yang kekal abadi. Namun begitu, Islam melarang umatnya mengharapkan tibanya kematian hanya disebabkan kerana berhadapan dengan sesuatu penderitaan atau permasalahan. Gunakanlah kesempatan hidup yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk beramal mengumpul bekalan ke akhirat sana. Orang yang bijak adalah mereka yang mengumpul bekalan dari dunianya untuk akhiratnya. Buku ini memaparkan kisah pengajaran daripada para sahabat dan golongan solihin ketika mereka menghadapi ambang kematian atau sakaratul maut. Moga kisah-kisah yang dipaparkan ini diharapkan dapat memberikan pengajaran kepada para pembaca tentang hakikat sakaratul maut, persediaan menghadapinya, menambah rasa takwa dan keinsafan, serta menyedarkan yang mereka yang terleka dengan kehidupan dunia yang hanya merupakan tempat persinggahan menuju ke akhirat yang abadi. 

DISKAUN MENARIK

Sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2014

JIMAT 20%

*isi maklumat di bawah dan tebus diskaun 20%. 24 April - 4 Mei 2014

Cart  

No products

Shipping RM0.00
Tax RM0.00
Total RM0.00

Cart Check out

Specials

No specials at this time